Site Map

Free Millionaire Guide

Free Guide How To Be Millionaire
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Saturday, April 21, 2007

Internet Penipu Besar

Suratkhabar NST hari ini bertajuk "Online Scam Warning" - mengatakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib menyeru rakyat Malaysia jangan terpengaruh dengan janji mewah perlaburan internet . Dia mengatakan perlaburan perlaburan ini adlah seperti kes 1992 Pak Man Telo.

Aik....Internet juga nampaknya kena tempias buruk lagi . Dulu porno , lepas tu politik blogging dan sekarang Perlaburan Internet . Kalau cakap dengan pakcik pakcik dan makcik makcik kita pasal internet dan bagaimana ia boleh menolong kehidupan kita jadi lebih "efficient" - depa sure cakap

"...isshh kan internet tu HARAM dan JAHAT ......Pakcik kalau tahu anak pakcik
Azman main internet .. pakcik marah dia..."


So kalau ikut cara TAK logik ,memang Internet patut diharamkan serupa macam TV , macam gambar , macam wayang ,macam macam lain TAPI kita patut ambil yang baik .

..dan Apa Najib cakap pun betul "Jangan labur skim internet dan minta rakyat tak cari jalan pintas raih kekeyaan"

Tapi kita juga mesti tahu kenapa rakyat Malaysia nak kan perlaburan yang berisiko tinggi ni .

Dengan kos hidup yang tinggi di Malaysia ,

  • minyak naik tak turun turun (harga pasaran dah turun),
  • harga tol pun naik berapa kali dalam setahun,
  • bisnes kecil pun susah nak survive,
  • nak beli kereta pun - bank strict habis macam nak pinjam Rm 10 juta. ( orang kata pinjam Rm 5,000 dan Rm 5 juta sama procedure)
  • Pengedar pengedar Proton yang dulu elit pun dah bankrap .Inikan pula bines yang kecil.
  • Nak pinjam buat modal pun kena check atas bawah termasuk CTOS , CRISS dan lain lain.

Saya rasa dengan masaalah masaalah diatas mungkin kita atau pemimpin pemimpin boleh faham kenapa kebanyakan kita jeremus dalam kancah perlaburan "Quick Rich Scheme" . Sekarang dengan pengharaman Perlaburan Internet ini oleh majlis fatwa, lagi lah kita "lapar"nak cari cara nakjadi JUTAWAN dengan betul dan cepat.Dengan indeks KLSE naik mendadak mungkin NEXT STOP - STOCK MARKET .Betul Tun Mahathir cakap ,Melayu mudah lupa .... lupa tentang macamana ramai orang rugi besar kerana Market Crash .

Saya harap , sesiapa yang diatas (Big Brother),dapat memberi lebih peluang kepada usahawan usahawan Malaysia dan "expose"kan peluang peluang yang GENUINE dan bukan dengan lepas batuk ditangga.

Blog ini cuba berkongsi peluang peluang perniagaan antara kita . Semoga kita dapat menolong antara kita . .."and not Dogs eat Dogs" .

Salah satu peluang internet yang genuine adalah menjual nama domain sebab ramai usahawan masih tak ada website . Ia macam kedai 24jam 7 hari seminggu.

No comments: