Site Map

Free Millionaire Guide

Free Guide How To Be Millionaire
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Tuesday, April 24, 2007

Jangan Risau Sayang , Kita Akan Jadi Jutawan Tak Lama Lagi


Dunia ini penuh dengan PELUANG dan PENIPUAN Perniagaan .


Di Malaysia, disebabkan peluang perniagaan agak terhad , kebanyakan usahawan Malaysia terdesak untuk mencari peluang yang boleh memberi keuntungan yang BANYAK. Kos sara yang makin tinggi mendadak seperti kos minyak , kos grocerries, kos tol , kos tol dan kos tol membuat si usahawan makin terdesak dengan mencari pulangan yang cepat. Kalau boleh invest hari ini , semalam dapat keuntungan berlipat kali ganda.


Maka timbul lah SANG MUSANG yang menjanjikan Si Usahawan ini "juta juta deal".Untung Banyak Dan Cepat!!!

Jadi si Usahawan ini pun terfikir fikir kenapa dia yang dapat . Beratus ribu usahawan , kenapa dia dapat peluang ini. Adakah sebab dia seorang yang pandai bin cerdik?


Maka Sang Musang tu pun berkata," You are the CHOSEN ONE"

Disebabkan tak terfikir maksud Sang Musang yang sebenar adalah "You are the CHOSEN ONE TO BE CONNED" , maka the chosen one pun terjerumus dalam kancah yang dijanjikan mendapat pulangan yang BANYAK DAN CEPAT- Berjuta pulak tu.....


Lapan bulan telah berlalu.... Tiap tiap hari ,tiap tiap malam usahawan tu bekerja kuat menghadiri mesyuarat yang diadakan di "pejabat juta juta deal" atau setengah orang kata KEDAI MAMAK.


Balik pukul 1 -2 pagi . Duit tak masuk masuk jugak. Deal tak conclude jugak.Teh tarik extra manis dan lemak dah minum begalon galon .Isteri rumah dah bising dengan satu mulut. Peti ais dah jadi Peti kosong .Bil merah dah minimbun nimbun .Dulu ada si usahawan ni duk cakap dengan isteri tersayangnya," Janggan risau sayang, tak lama lagi kita akan jadi JUTAWAN SENYAP"


Apa dah jadi.... Duit VSS pun habis.....


Usahawan yang bersemangat tinggi telah bertukar menjadi Usahawan Desparate!

Dahlah perit tapi ego kena maintain.Maklumlah nak jadi Usahawan Global Yang Terbilang!


Maka satu hari terjumpalah Usahawan Desparate ( atau Dah Perit) ini dengan agen peleburan (maaf maksud saya pelaburan bukan peleburan) Disuruh masuk Skim Investment Internet. Masuk Rm 500 dapat 2% setiap hari. Satu bulan dapat 60%.


Wow Hebat . Invest Rm 1,000 dapat Rm 1,600 akhir bulan. Maka pinjamlah si usahawan terbilang ni dari Ang Gah ( adik beradik Ah Long)


Saya rasa disini tuan tuan puan puan tahu apa dah jadi kita punya usahawan . Duit pinjam pun dah jadi LEBUR.Bunga tetap naik. Nak pinjam tempat lain pun dah kena black list. Kereta yang di beli sebelum berhenti dari bank pun dah kena tarik.


So what to do ..... ?

Ini adalah cerita benar terjadi pada kawan saya . Alhamdullilah sekarang dia telah mengambil inisiatif untuk bekerja sebagai driver airport limousine . Katanya pendapatan bolehlah tanggung isteri anak tapi PASSION beliau adalah BERNIAGA dan MENJADI USAHAWAN . Gaji yang dia dapat ada balance untuk kumpul jadi modal. TAPI arears hutang banyak lagi .


Apakah tindakan beliau selanjut ? jika ada pembaca ada cadangan sila berikan komen anda di blog ini. Sama samalah kita bantu membantu . Bukan beri duit tapi beri pandangan dan cadangan yang bernas.


No comments: